suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak hisap rokok punya fasal, lelaki sanggup keluar hospital walaupun kapak terpacak di badan

Vladimir gigih berjalan keluar untuk menghisap rokok.

PESAKIT lelaki ini pasti mempunyai keinginan yang serius untuk merokok apabila dia cuba keluar dari hospital untuk 'berasap' walaupun ada kapak yang tertanam di belakang badannya.

Tetapi lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Vladimir, 34, bersetuju untuk kembali ke katilnya di hospital di Kazan, Rusia, apabila diberitahu bahawa dia akan mati.

Seorang jururawat merakamkan aksi pesakit itu yang hanya berseluar dalam ketika kakitangan hospital cuba memaklumkan hanya pemegang kapak kelihatan di belakang badannya.

Seorang jururawat lain didengari bertanya, "Vladimir, adakah anda gila?", sementara yang lain bertanya, "sejauh mana anda mahu pergi?" sewaktu dia berpaut kepada beberapa objek untuk berjalan.

Dia memberitahu mereka bahawa dia ingin keluar untuk menghisap rokok tetapi kemudian menunjukkan bahawa dia tidak memegang rokok di tangan.

Vladimir berjaya keluar dari hospital walaupun cuaca di luar mencecah -10 ° C dan terdapat salji di atas tanah.

Seorang doktor berkata: "Mari kita pergi. Ambil suntikan dan pulang ke rumah."

Pesakit itu akhirnya bersetuju dan kapak tersebut dikeluarkan daripada badannya.

Vladimir kini berada dalam keadaan stabil di hospital. - Metro UK

kapak

Artikel Lain