suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis percaya DNA jerung mampu bantu manusia lawan kanser, hidup lebih lama

SEPASUKAN pakar perubatan yang membuat penyelidikan mengenai DNA ikan jerung menemui beberapa ciri istimewa yang mungkin bermanfaat untuk manusia.

Selain mempunyai genom untuk melawan kanser, ia juga dikatakan mampu menyembuhkan luka dengan cepat.

Mereka juga percaya genom tersebut membantu jerung menjadi pemangsa laut yang kalis penyakit dan menyembuhkan mereka daripada trauma dengan pantas.

Dr Mahmood Shivji dari Universiti Florida, Amerika Syarikat berkata, jerung menjadi bukti kejayaan evolusi haiwan dari zaman dahulu.

"Kajian ini dikakukan untuk memahami jerung, dan apa yang menjadikan mereka 'jerung'.

"Sekarang kita temui bahawa alam telah membangunkan sesuatu yang hebat.

"Banyak lagi yang perlu dikaji termasuklah potensinya untuk melawan kanser dan penyakit-penyakit berkaitan usia," ujar Dr Mahmood.

Pasukan itu percaya penggunaan gen jerung pada manusia akan menjadikan kita lebih sukar untuk mendapat penyakit dan kanser.- Daily Star.

Dr Mahmood Shivji, Jerung, DNA

Artikel Lain