suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

Marco Yaqout. Foto SOLARPIX.COM

SEORANG ahli perniagaan bergelar jutawan ditembak mati di luar rumah mewahnya di Costa del Sol, Sepanyol.

Dalam kejadian pada Isnin, Marco Yaqout ditembak sebanyak 12 kali semasa kenderaan yang dipandunya memasuki ke dalam garaj.

Polis percaya pembunuh itu bersembunyi di belakang sebuah kereta di luar kediaman Marco di San Pedro de Alcantara, berhampiran Marbella.

Pembunuhan mengerikan itu merupakan insiden terbaharu dalam kejadian ganas di Costa del Sol sejak beberapa bulan lalu.

Marco yang berusia 49 tahun menetap di Sepanyol dan berasal dari Maghribi. 

Difahamkan, ahli perniagaan itu mempunyai lima pusat hiburan terkenal di Puerto Banus, Sepanyol.

Setakat ini, tiada penahanan dibuat susulan kematian Marco.

Marco atau nama sebenarnya difahamkan adalah Abdelhadi, dilaporkan memandu kereta hitamnya pulang ke rumah sebelum ditembak mati pada pukul 3 pagi waktu tempatan.

Rakaman video menunjukkan kereta jutawan itu dipenuhi dengan banyak kesan tembaka. - Mirror UK

Marco Yaqout

Artikel Lain