Lelaki dirisik pihak tentera pelbagai negara untuk beli sut Iron Man ciptaannya - Dunia | mStar

Lelaki dirisik pihak tentera pelbagai negara untuk beli sut Iron Man ciptaannya

SIAPA sangka sut Iron Man ciptaan seorang lelaki dari Britain berjaya menarik minat pihak tentera negara itu.

Richard Browning kini dikatakan sedang berunding mengenai kemungkinan sut ciptaannya digunakan dalam perang di masa hadapan.

Selain pihak tentera British, beberapa negara juga sedang berunding dengan lelaki itu.

Dia yang pernah bekerja sebagai tentera laut menggunakan lima enjin dalam ciptaan sut tersebut.

"Dengan sut ini, sudah pasti tentera dapat bergerak dengan pantas dan tangkas ke arah musuh," ujarnya.

Pada minggu lalu, dia turut membuat penerbangan dengan sut itu di pusat latihan ketenteraan di Lympstone, Devon.

Selain Richard, sekumpulan askar komando turut berada di lokasi latihan itu sambil menyaksikan dia menggunakan sut berkenaan.

"Menyaksikan Richard terapung, terbang dan bergerak sekeliling kawasan ini, ia merupakan pengalaman yang hebat.

"Cuba bayangkan kakau kita guna di medan perang," ujar salah seorang komando di situ.

Dalam pada itu, jurucakap kepada Menteri Pertahanan turut mengulas mengenai ciptaan sut itu.

"Kami sentiasa bekerja dengan mereka yang memiliki idea bernas di negara ini untuk melihat perkembangan teknologi.

"Ia berkemungkinan boleh membantu pasukan tentera kita khususnya di masa hadapan. - The Telegraph.

Richard Browning

Artikel Lain