suria

Kajian dapati sikap angkuh doktor beri kesan kepada nyawa pesakit yang dibedah

SEKUMPULAN doktor di Scotland mahu pakar bedah yang angkuh serta gemar membuli pesakit dan kakitangan supaya dihantar ke kelas khas untuk menangani sikap itu.

Ujar Simon Peterson-Brown, bekas penegrusi lembaga keselamatan pesakit di Kolej Pembedahan Diraja Edinburgh, sikap angkuk doktor sebenarnya memberi kesan kepada nyawa pesakit.

Tambahnya, selain kemahiran perubatan, doktor juga harus dihantar ke kelas komunikasi dan kepimpinan.

Menerusi surat yang dihantar kepada Jurnal Perubatan British, mereka juga mahu mana-mana doktor yang mengamalkan sikap tidak baik supaya disingkirkan.

Katanya, surat berkenaan berkisar mengenai sikap ego yang dipercayai boleh memberi kesan kepada prestasi pakar bedah.

Menerusi kajian yang dilakukan, Brown mendedahkan doktor yang sering menerima aduan pesakit cenderung untuk mempunyai banyak komplikasi sewaktu pembedahan.

"Wujud segelintir pakar bedah yang tiada kemahiran untuk memimpin. Mereka buli kakitangan.

"Kami sentuh isu ini dengan menyediakan kelas untuk membantu pakar bedah tambah baik nilai moral mereka," katanya.

Tambah Brown lagi, pakar bedah yang angkuh juga sesuai dihantar ke 'kelas anti ego' untuk menangani sikap mereka. - Daily Mail.

Artikel Lain