Wanita alami penyakit pelik, tidak boleh dengar suara lelaki

Chen mendakwa tidak dapat mendengar suara lelaki. - Foto AsiaWire

SEORANG wanita telah didiagnosis mengalami penyakit yang aneh kerana dia mendakwa tidak dapat mendengar suara lelaki.

Pesakit yang hanya dinamakan sebagai Chen itu berkata, dia berasa sakit dan mendengar bunyi dering di telinganya pada malam sebelum kejadian itu berlaku.

Namun, menyangka tidur mungkin membantu untuk menghilangkan bunyi dering itu.

Tetapi, setelah bangun tidur, dia berasa panik apabila menyedari bahawa dia tidak dapat mendengar suara teman lelakinya.

Dia ke Hospital Qianpu, di bandar Xiamen, China Timur dan mendapati dia dapat mendengar suara doktor wanita yang merawatnya dengan sempurna.

Pakar telinga, hidung dan tekak, Lin Xiaoqing berkata: "Dia dapat mendengar saya apabila saya bercakap dengannya, tetapi apabila seorang pesakit lelaki muda berjalan masuk, dia tidak dapat mendengarnya sama sekali."

Selepas Chen memberitahu dia bekerja lewat akhir-akhir ini dan tidak mendapat tidur yang mencukupi, Dr Lin mendiagnosis wanita itu mengalami situasi yang dikenali sebagai 'kehilangan pendengaran berfrekuensi rendah'.

Dr Lin percaya keletihan dan tekanan tambahan pada mungkin menyumbang kepada keadaan yang menyebabkan kehilangan kepekaan terhadap bunyi yang lebih mendalam (deeper sound).

Oleh itu, Chen hanya dapat mendengar bunyi yang frekuensi tinggi dan tajam seperti suara wanita. - Metro UK

penyakit pelik

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain