suria

Muka berkerut, bengis... Pompous Albert kucing paling garang di dunia?

Pompous Albert dikenali sebagai kucing paling garang di dunia. Foto Instagram Pompous Albert

KUCING daripada baka Selkirk ini dikenali sebagai mesra dan jinak, tetapi anda tidak dapat mengetahuinya dengan melihat kucing bernama Pompous Albert.

Kucing jantan ini mempunyai wajah yang sentiasa berkerut membuatkan ia kelihatan seperti kucing paling garang, tidak mesra di dunia.

Pompous Albert mula dikenali di laman sosial Instagram selepas pemiliknya membuka akaun untuk kucing itu sendiri, pada 2014.

Walaupun kelihatan garang, Pompous Albert mempunyai ramai pengikut di laman sosial.

Hanya selepas setahun, ia mempunyai lebih 40,000 pengikut yang sentiasa tidak pernah cukup melihat muka bengisnya.

Ia kini mempunyai lebih 220,000 pengikut di laman sosial, terlibat dalam iklan komersial, malah lebih kaya dan terkenal berbanding kebanyakan manusia.

Sukar untuk dipercayai Pompous Albert bermula sebagai kucing baka tulen yang disisihkan.

Selain mukanya yang garang kucing ini, keterangan gambar dan video berbentuk sindiran dibuat oleh pemiliknya juga menarik perhatian.

Pompous Albert diambil oleh Mike dan Susan Singleton, yang tinggal di pejabat mereka di Salt Lake City, Utah.

Keterangan pada biodatanya menyebut: "Kucing baka tulen yang disisihkan, tetapi saya akan tunjukkan mereka"

Ternyata benar apabila orang yang meminggirkannya pasti menggosok mata untuk melihat betapa jauh ia datang.

Tarikan pengikut kucing itu bukan setakat pada wajah garangnya, tetapi juga pemiliknya juga sering membuat keterangan yang berbentuk sindiran pada gambar dan video menjadikan paparan posting begitu sepadan. - odditycentral

Pompous Albert, kucing

Artikel Lain