suria

Aplikasi ReplyASAP ada penggera, kunci telefon anak hingga mesej dijawab

BENGANG dengan sikap si anak yang cukup payah membalas mesej yang dikirim, seorang bapa telah bertindak mencipta aplikasi untuk memastikan situasi itu tidak berulang.

Menerusi aplikasi yang direka seorang bapa, Nick Herbert, 45, itu secara tidak langsung 'memaksa' si anak untuk membalas mesej yang dikirim.

Dikenali sebagai ReplyASAP, ia bagaikan kuasa tambahan kepada ibu bapa apabila telefon anak-anak akan berhenti berfungsi jika mereka tidak membalas mesej berkenaan.

ReplyASAP akan mengunci semua fungsi pada telefon anak anda sehingga mesej yang dikirim dijawab.

Bukan itu sahaja, malahan aplikasi itu juga dilengkapkan dengan penggera telefon  sehingga si anak memberi respons kepada mesej yang dikirim.

Lebih menakjubkan, penggera itu masih boleh berfungsi walaupun telefon itu dalam keadaan mod senyap.

Jadi, sudah tentu si anak terpaksa menjawab mesej yang dikirim dengan segera untuk menghentikan penggera.

ReplyASAP telah dilancarkan menerusi Google Play Store dan telah dimuat turun hampir 75,000 kali.

Setakat ini ia hanya dapat digunakan untuk peranti Android, manakali versi iOS akan diperkenalkan tidak lama lagi.-Herald Sun



ReplyASAP, Nick Herbert

Artikel Lain