suria

Seribu ekor lembu mati gara-gara cuaca melampau, segelintir petani salahkan makhluk asing

Gambar hiasan: The News Minute

PENINGKATAN suhu melampau di Mexico menyebabkan 1,000 ekor lembu mati.

Hal itu mula menjadi perbualan hangat selepas seorang individu memuat naik rakaman yang memaparkan sejumlah lembu bergelimpangan di atas padang di Santa Fe, Mexico.

Presiden kumpulan peladang, Juan Eiras berkata, ia berlaku kerana cuaca panas di negara itu.

Paparan skrin rakaman tersebut.

"Kepanasan meningkat sehingga 40 darjah celcius, ia menyebabkan haiwan-haiwan ini mati," ujarnya.

Namun, pihaknya turut menghantar sampel haiwan berkenaan untuk dianalisis.

Katanya, dia juga tidak menolak kemungkinan jika lembu-lembu itu mati diracun.

Menurut seorang penternak, tahun 2019 merupakan tahun paling teruk apabila dia sendiri kehilangan 120 ekor haiwan ternakan.

Lebih pelik, tujuh ekor lembu turut diperlakukan kejam hingga cacat dan anggota badan yang dipotong tidak ditemui sehingga hari ini.

Beberapa petani dan penternak turut mendakwa kejadian itu didalangi makhluk asing. - Daily Star.

Lembu, Mexico, Santa Fe, Juan Eiras

Artikel Lain