Kembar 'Angelina Jolie' patah leher - Dunia | mStar

Kembar 'Angelina Jolie' patah leher

WANITA yang melakukan puluhan pembedahan plastik gara-gara mahu kelihatan persis aktres Angelina Jolie, Sahar Tabar berkongsi gambar 'pelik' di Instragam miliknya.

Dalam gambar terbaharunya itu, Sahar mendakwa dirinya mengalami keretakan di leher.

Menerusi gambar yang dipercayai disunting, Sahar dilihat sedang terbaring dalam keadaan berselimut tebal dan air drip dipasang di tepi katilnya.

Gadis berusia 20 tahun itu yang pernah tular pada tahun lalu seolah-olah cuba menarik perhatian netizen dengan kapsyen 'patah leher' pada gambar terbaharunya itu.

Sahar mendakwa patah leher dalam kapsyen gambar terbaharunya.

Dia juga mahu melihat berapa ramai pengikut yang mendoakan agar dia cepat pulih.

Sahar turut berkongsi sekeping gambar aneh yang memperlihatkan dirinya sedang membuat aksi memeluk tiang dalam keadaan mengerikan.

Dalam gambar itu, dia kelihatan terlalu kurus ibarat tinggal tulang yang dipercayai turut disunting.

Gadis berasal dari Iran itu dikecam ramai sehingga dia digelar sebagai 'The Corpse Bride' berdasarkan sebuah filem animasi Tim Burton.

Gambar sebelum dan selepas Sahar menjalani pembedahan pada wajahnya.

Malah ada yang menyifatkan wajah Sahar tak tumpah seperti seorang zombie.

Ini kerana tubuh badannya yang kurus kering itu membuatkan dia kelihatan seperti tak cukup zat.

Terdahulu Jastrzab Post turut melaporkan bahawa Sahar telah menjalani beberapa diet khas bagi mengekalkan berat badannya seperti sekarang iaitu 40 kilogram. - Mirror.co.uk

Sahar Tabar , Angelina Jolie

Artikel Sebelum