Lelaki ini jatuh cinta dengan wanita guna spermanya untuk dapat anak 10 tahun lalu

-foto ABC

SEORANG lelaki jatuh cinta dengan wanita yang menggunakan spermanya untuk hamil, 13 tahun lalu.

Aaron Long menjalin hubungan dengan Jessica Share pada 2018, lebih sedekad selepas wanita itu tertarik dengan profilnya sebagai penyumbang sperma dan setuju menggunakan air maninya.

Hasil sperma yang didermakan oleh Long, Share mendapat seorang anak perempuan, Alice, yang kini berusia 13 tahun.

Pada masa itu, Share adalah lesbian dan mempunyai teman wanita. Dia mula menyiasat tentang asal-usul Alice di laman ujian DNA, 23 and Me selepas berpisah dengan teman wanitanya.

Di laman web itulah Alice mula berbual dengan Long, yang mana Share mendapati Long dan anak perempuannya mempunyai tarikan yang kuat sebaik sahaja mereka bertemu secara peribadi.

-foto ABC

Long, yang percaya dia adalah bapa kepada kira-kira 67 kanak-kanak memberitahu ABC: "Apabila bertemu secara peribadi, saya tak tahu, tarikan itu lebih sukar untuk dinafikan oleh kami."

Tetapi Share yang berhati-hati untuk bertindak mengikut perasaannya menjelaskan: "Ini bukan hubungan atau perjalanan yang perlu saya sertai."

Dia juga menjelaskan apa yang membuatkan dia pertama kali tertarik kepada Long sebagai penderma prospektif, dengan mendakwa dia percaya lelaki itu mempunyai nilai 'yang sama' dengan dirinya.

"Kamu masih buat dia seperti seorang profil janji temu dan kamu membina cerita ini di kepala anda tentang nilai-nilai yang anda miliki dan semacam meletakkannya," katanya.

Pasangan ini dan Alice kini tinggal di rumah komunal di Seattle, bersama beberapa anak lain yang dilahirkan hasil sperma Long. -MetroUk

sperma, cinta

Artikel Sebelum

Kembar 'Angelina Jolie' patah leher

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain