suria

Penemuan tiga beg lerai misteri kehilangan tiga beranak

SAO PAULO: Penyiasatan kes pembunuhan kejam sepasang suami isteri rakyat Bolivia dan anak lelaki mereka yang berusia lapan tahun bermula susulan penemuan bahagian tubuh kesemua mangsa dalam sebuah beg pakaian di pinggir bandar ini.

Menurut pihak berkuasa, anggota badan Jesus Reynaldo Condori, 39, isterinya Irma Morante Sanizo, 38 dan anak lelaki mereka, Abner Morante Condori ditemui pada Selasa lalu.

Polis dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web berita G1 memaklumkan, anggota tubuh mangsa diletakkan dalam plastik sebelum dimasukkan dalam tiga beg pakaian.

Semua bagasi berkenaan telah ditemui di bilik air rumah keluarga itu yang terletak di Itaquaquecetuba.

Pihak berkuasa sebelum itu ke tempat kejadian selepas menerima maklumat berhubung kes penculikan, susulan kehilangan keluarga berkenaan pada 23 Disember lalu.

Suspek utama kejadian adalah abang ipar salah seorang mangsa yang diupah bekerja dengan kedai pakaian milik keluarga terbabit.

“Pemilik rumah tempat mayat kesemua mangsa ditemui berkata, beliau menyewakan kediaman itu kepada seorang lelaki yang masih belum dapat dikesan sehingga kini.

“Dia ialah suami kepada kakak salah seorang mangsa,” kata setiausaha keselamatan negeri Sao Paulo.

Setakat ini, motif pembunuhan kejam itu masih belum diketahui. - AFP

Bolivia, Condori, G1

Artikel Lain