Batuan angkasa bersaiz Piramid Giza lintasi bumi

NASA membuat pemerhatian ke atas objek di luar bumi bagi menghalang sebarang ancamam bahaya. FOTO: Getty

ANCAMAN asteroid sememangnya menakutkan. Malah, impak hentamannya juga pasti membawa kesan kemusnahan yang teruk.

Jika baru-baru ini gempar mengenai batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7, kali ini timbul pula perkhabaran mengenai asteroid 2016 AZ8.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan asteroid hentam bumi pada Februari, NASA didakwa cuba sorok kebenaran

Pihak NASA mengesahkan ia akan melintasi bumi pada Isnin.

Bersaiz 430 meter, ia bakal melalui bumi dan bulan, pada jarak 2.8 juta batu.

Setelah pakar astronomi membuat cerapan, mereka mendapati ia turut hadir bersama sebuah lagi objek gergasi.

Cerapan imej dua objek itu yang melintasi bumi.

Menurut pihak tersebut, mereka percaya batuan angkasa itu memiliki saiz lebih besar daripada Piramid Giza.

Ia bagaimanapun tidak membawa sebarang ancaman terhadap manusia dan bumi.

Ujar mereka lagi, tidak dapat dibayangkan bagaimana impaknya jika ia menghempas ke bumi.

Baru-baru ini, timbul laporan mengenai asteroid 2002 NT7 yang dikatakan bakal memasuki bumi pada kelajuan pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghentam bumi pada 1 Februari.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA, sekaligus menimbulkan keraguan orang ramai.

Dalam kemas kininya, NASA berkata ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran. - Daily Star.

NASA, Asteroid, 2002 NT7, 2016 AZ8

Artikel Berikut

Kembar 'Angelina Jolie' patah leher

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain