suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancong Taiwan hubungi polis gara-gara berang dicaj RM117 untuk satu ais krim

Gambar Hiasan: Pixabay

TINDAKAN melampau seorang penjual ais krim yang meletakkan harga tidak masuk akal membuatkan seorang pelancong berang sebelum dia menghubungi pihak polis.

Menerusi kejadian di Florence, Itali, peniaga itu menjual satu kon ais krim dengan harga €25 (RM117).

Susulan itu, dia didenda €2,000 (RM9,439) setelah didapati bersalah kerana menyembunyikan harga sebenar di sebalik kaunter kedainya.

Sewaktu kejadian, pelancong Taiwan itu mengadu perihal harga ais krim terhadap peniaga tersebut.

Namun dia menjelaskan harga itu bertepatan dengan keenakan ais krim yang ditawarkannya.

Berang dengan perbuatan itu, pelancong berkenaan membuat panggilan polis dengan bantuan seorang pemandu pelancong.

Menurut anggota polis yang menguruskan kes itu, kes berkenaan sering berlaku.

"Menyembunyikan harga sebenar sudah biasa berlaku, tindakan ini memberi imej buruk terhadap pelancongan di negara ini.

"Sudah ramai yang jadi mangsa khususnya golongan pelancong asing," ujar Elio Covino.

Untuk rekod, 14 juta pelancong berkunjung ke Florence pada tahun lalu.

Kebanjiran pelancong menyebabkan segelintir peniaga mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan mudah dengan menipu mereka. - Mirror.UK.

 

Ais Krim, Pelancong, Florence, Itali

Artikel Lain