suria

Meghan jadi Puteri Diana versi moden, dihalang pertahan diri demi status diraja

Meghan dikatakan bakal menerima nasib sama seperti Puteri Diana. FOTO: Hello Magazine.

HUBUNGAN tidak baik isteri Putera Harry iaitu Meghan Markle dengan kerabat diraja Britain bukan lagi satu rahsia.

Malah kisah mengenainya banyak disebarkan biarpun tiada siapa yang dapat menentukan kesahihannya.

Terbaharu, Meghan juga dikatakan tidak dibenarkan untuk bersuara dan memberi komen mengenai pertelingkahannya dengan isteri Putera William, Kate Middleton.

Menurut pakar diraja, Melanie Bromley, Meghan tidak boleh bersuara sesuka hati disebabkan statusnya kini sebagai isteri kepada pewaris takhta.

Perkara itu disifatkan sebagai mengulangi layanan yang diterima Putera Diana, suatu ketika dahulu sewaktu dia menjadi isteri Putera Charles.

"Dia kini sudah menjadi sebahagian keluarga diraja. Dia tak boleh bersuara sesuka hati dan akui sedang bergaduh dengan Kate.

"Dia tak boleh pertahankan diri sendiri. Saya tak rasa sesiapa pun bersedia untuk menghadapi perubahan seperti ini dalam hidup.

"Nampak hebat dan seronok dari luar, tetapi ia menakutkan sebenarnya untuk bergelar sebagai puteri," ujar Bromley lagi.

Tambahnya, ia sama seperti apa yang dilalui Diana, ibu kepada Harry dan William.

"Sewaktu Diana berkahwin dengan Charles, ia sangat teruk untuk dia. Kini Meghan pun lalui benda sama," katanya lagi.

Menurut Bromley, Meghan juga tertekan kerana banyak laporan media berterusan memperkatakan tentang hubungannya dengan Meghan. - Express.UK

Artikel Lain