suria

Warga emas maut selepas jatuh dari lif luncur salji akibat serangan jantung

Pasukan kecemasan dihubungi pada pukul 12.20 tengah hari bagi menyelamatkan mangsa. - Foto Getty Images

PEMAIN ski Britain meninggal dunia selepas jatuh dari kerusi pengangkut di Banjaran Alps Perancis.

Lelaki itu mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di lereng resort Méribel.

Polis sedang menyiasat sama ada jantung lelaki berusia 65 tahun itu terhenti sebelum jatuh dari ketinggian 9.75 meter kerusi tersebut.

Perkhidmatan kecemasan dihubungi pada pukul 12.20 malam untuk menghantar bantuan ke lif Roc-de-Tougne.

Menurut laporan Mirror UK, enam responden pertama tiba di lokasi kejadian sebelum disertai oleh dua orang doktor kemudian.

Percubaan resusitasi berlaku lebih dari setengah jam tetapi lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kertas siasatan telah dibuka oleh pendakwaraya di Albertville untuk menentukan punca kematian dan susunan kronologi kejadian.

Mangsa yang namanya belum didedahkan oleh pihak berkuasa itu, bermain ski dengan seorang teman wanita yang duduk di sebelahnya di atas lif berkenaan.

Wanita terbabit sedang disiasat oleh pihak polis.

Penyiasat mahu mengetahui bagaimana mangsa (sudah mengalami rasa tidak selesa sebelum menaiki kerusi angkut) boleh jatuh dari kerusi yang dipasang dengan pemegang keselamatan logam.

serangan jantung

Artikel Lain