suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencuri dihantar ke hospital, pemandu lori ditahan

Staf sebuah pasaraya mengejar seorang lelaki yang disyaki sebelum suspek dilanggar lori.

MALANG buat seorang pemandu lori yang ditahan gara-gara terlanggar seorang lelaki yang disyaki sedang melarikan diri selepas mencuri di sebuah pasaraya.

Seorang lelaki yang membawa sebuah beg dikejar staf sebuah pasaraya, namun terjatuh ditepi sebuah lori yang kebetulan lalu didepannya.

Terkejut dengan insiden itu, staf yang mengejar lelaki itu terus membantunya dan meminta pertolongan.

Lelaki berusia 30-an itu terus dikejarkan ke hospital dengan kecederaan serius di bahagian kakinya yang digilis lori terbabit.

Manakala pemandu lori itu ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan khayal.

"Seorang lelaki dari South Ockendon ditahan di tempat kejadian kerana memandu dalam keadaan mencurigakan akibat minuman keras atau dadah.

"Dia telah dibebaskan, namun siasatan diteruskan," ujar jurucakap Polis Essex.-Dailymail

poencuri, pemandu lori, malang

Artikel Lain