Ambil, makan dan ambil lagi... Perbuatan pekerja khidmat penghantaran ini akhirnya terima padah - Dunia | mStar

Ambil, makan dan ambil lagi... Perbuatan pekerja khidmat penghantaran ini akhirnya terima padah

MEMESAN makanan secara atas talian sama ada untuk dihantar ke rumah atau pejabat kini sudah menjadi amalan biasa masa kini.

Pelbagai aplikasi pesanan makanan menawarkan perkhidmatan dan di sekitar bandar di India, Zamato adalah antara yang mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, penularan video penghantar makanan Zamato sedang enak menikmati juadah yang dipesan pelanggan telah mengubah persepsi terhadap syarikat berkenaan.

Video itu telah dikongsi di Twitter oleh pengguna yang dikenali sebagai @Madan_Chikna dengan kapsyen "Inilah yang berlaku apabila anda selalu menggunakan kod kupon. Tonton hingga tamat ya."

Menerusi rakaman itu, dapat dilihat seorang lelaki yang memakai kemeja-t Zamato sedang duduk di motosikal lengkap dengan bekas barangan tertulis Zamato.

Tambah mengejutkan apabila pekerja Zamato itu dilihat sedang menjamah makanan yang dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan. Bukan hanya sebekas tetapi selepas meletakkan semula kotak makanan yang dijamah, dia mengambil satu lagi.

Selepas memakan menu pada kotak kedua itu, lelaki berkenaan menutupnya dengan rapat dan meletakkannya kembali dalam bekas penghantaran itu.

Video berkenaan tersebar dengan meluas dan ia diulang kicau di media sosial.

Reaksi tidak puas hati orang ramai mendorong pihak pengurusan Zamato India mengambil tindakan terhadap pekerja terlibat.

Menerusi blognya, Zamato memberi jaminan pihaknya memandang serius perbuatan kakitangan penghantaran itu.

Zamato , India

Lebih Artikel