suria

Coklat tumpah, panggil bomba!

Pasukan bomba ketika berada di lokasi kejadian coklat melimpah keluar dari sebuah kilang di Jerman. - Reuters

PASUKAN bomba dipanggil untuk melakukan kerja yang jarang dilakukan mereka selepas satu tan coklat cair tertumpah daripada sebuah tong besar.

Ia dikatakan berpunca daripada kesilapan teknikal kecil sehingga menyebabkan coklat itu melimpah keluar dari kilang dan meliputi jalan raya.

Tugas untuk membersihkan tumpahan coklat itu memerlukan 25 bomba yang terpaksa menyodok dan menggunakan air panas bagi membersihkan kawasan tersebut.

Pihak bomba terpaksa menyodok limpahan coklat yang tumpah. - Reuters

Coklat itu melimpah keluar dari kilang DreiMeister di Westoennen, Jerman pada Selasa.

Bos syarikat tersebut, Markus Luckey berkata, kilang itu kembali beroperasi pada Rabu.

Beliau menambah bahawa jika tumpahan itu akan menjadi satu 'malapetaka' jika ia berlaku ketika menghampiri perayaan Krismas. - Metro UK

coklat

Artikel Lain