suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berebut 'remote TV', adik tikam abang hingga mati

SEORANG remaja berusia 16 tahun ditahan kerana menikam abangnya sehingga mati gara-gara berebut alat kawalan jauh TV (remote TV).

Adik-beradik itu bertengkar mengenai siaran TV yang mahu ditonton.

Geram dengan tindakan tersebut, suspek yang hanya dikenali sebagai B K pergi ke dapur lalu mengambil pisau dan menikam abangnya yang berusia 18 tahun.

Insiden itu berlaku di Kirikkale, Turki.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kirikkale Ihtisas.

Mangsa yang dikenali sebagai I B K, dikejarkan ke Hospital Kirikkale Ihtisas sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah itu.

Adiknya kemudian ditahan polis, lapor media tempatan.

Ia bukan kes pertama kali berlaku membabitkan insiden yang sama.

Seorang lelaki turut ditikam hingga mati di Penjara Cork, Ireland selepas bertengkar dengan seorang banduan pada 2015. - Metro,co.uk

tikam, mati

Artikel Lain