suria

Lif untuk ke angkasa?

SAINTIS China telah membangunkan kabel fiber nanotube karbon yang dikatakan mereka sebagai cukup kuat untuk digunakan bagi membina lif angkasa.

Pasukan penyelidikan Universiti Tsinghua telah mempatenkan teknologi tersebut dan menerbitkan sebahagian daripada kajian mereka dalam jurnal Nature Nanotechnology, awal tahun ini.

Mereka berkata, fiber itu akan menyaksikan banyak permintaan dalam lapangan 'high end' seperti peralatan sukan, perisai balistik, aeronautik, angkasawan dan juga lif angkasa.

Tetapi adakah sebuah lif dapat bergerak dari Bumi ke angkasa yang sebenar, atau ia sekadar hanya bahan fiksyen sains?

Lif Angkasa? Kenapa?

"Walaupun beberapa generasi dalam penyelidikan telah mencipta roket, pendorongan jet yang paling boleh dipercayai yang pernah dicipta... kenderaan angkasa masih tidak cekap," kata penulis fiksyen sains, Sir Arthur C Clarke di The Fountains of Paradise pada 1979.

Novel tesebut merupakan idea popular pertama, yang dijelaskan oleh saintis Rusia, Konstantin Tsiolkovsky pada 1895: lif angkasa, sistem pengangkutan ke angkasa seperti pesawat yang kita gunakan setiap hari tetapi 300,000 kali lebih tinggi.

Daya tarikan lif angkasa menjadi kepada penemuan cara yang lebih murah untuk pergi ke angkasa lepas. 

Ia berharga lebih AS$160 juta untuk melancarkan satelit bagi perjalanan sehala, tetapi lif angkasa boleh mengurangkannya dengan anggaran kepada kurang AS$2 juta setiap orang bagi setiap perjalanan.

Bagaimana ia berfungsi?

Konsep asas bagi sebuah lif angaksa melibatkan kabel yang berlabuh di permukaan Bumi dan dipasang pada berat pengimbang, yang dihantar ke ruang angkasa.

Sekiranya kabel itu cukup panjang - 36,000 kilometer atau tiga kali diameter Bumi, ia akan ditarik dan menegak dengan daya graviti dan emparan.

Teori ini ialah mengenai sebuah kenderaan yang kemudian dapat bergerak di sepanjang kabel, yang digerakkan oleh tenaga putaran bumi. 

Ia akan merevolusikan perjalanan angkasa, tetapi mereka bentuk dan mencari bahan yang cukup kuat untuk idea ini amat mencabar.

Jepun melancarkan dua satelit pada September dalam percubaan pertama untuk mempelajari pergerakan lif di ruang angkasa, yang melibatkan perjalanan lif mini di sepanjang kabel dari satu satelit ke satelit lain.

Ia masih belum melaporkan hasilnya. 

China juga telah menjalankan ujian hubungan angkasa tetapi tidak mendedahkan butirannya. - South China Morning Post

lif, angkasa, saintis

Artikel Lain