suria

Penghidap strok dihalau keluar gara-gara tidur sebelum pesawat berlepas

Bennett dan isterinya Josefa Sapelino terpaksa membeli tiket baharu untuk mereka berdua dan seorang anak lelaki mereka selepas Bennett dihalau keluar dari pesawat. - Foto Bennett

SEORANG penumpang penerbangan yang mengalami strok rasa terhina dan mengalami kerugian sebanyak 1,000 dolar Amerika (RM4,162) selepas dihalau keluar daripada sebuah pesawat.

Penumpang Stephen Bennett yang dalam penerbangan ke Cuba diminta keluar oleh Westjet pada 13 Oktober lalu selepas dia tertidur di dalam pesawat.

Dia dan ahli keluarganya yang lain akhirnya tersadai di Lapangan Terbang Toronto.

Bennett mengambil pil tidur yang menyebabkannya tertidur sehingga membimbangkan seorang kru penerbangan yang ditugaskan untuk mengejutkannya sebelum pesawat berlepas.

Westjet berkata, tindakan itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan kerana pihaknya perlu memastikan setiap penumpang adalah sihat untuk terbang bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku di udara.

Namun, Bennett mendakwa, tindakan tersebut adalah tidak adil kerana dia dalam keadaan sedar sebelum pesawat berlepas dan beberapa pakar perubatan mengesahkan bahawa dia selamat untuk menaiki pesawat.

"Saya berasa seperti saya tidak mempunyai hak," kata Bennett yang menetap di Burnaby dan mempunyai masalah untuk berjalan tanpa bantuan selepas diserang strok dua bulan lalu.

Dia menaiki pesawat itu bersama isteri dan anaknya.

Pihak keluarga berkata, mereka terpaksa membayar harga tiket tambahan baharu bernilai 1,600 dolar Amerika (RM6,660) agar tempahan hotel yang dibuat tidak lebur begitu sahaja. - CBC

strok

Artikel Lain