suria

Putera Harry, Meghan akhirnya berpindah ke Istana Kensington

PASANGAN pengantin diraja, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle kini dilaporkan sudah berpindah ke Istana Kensington.

Menurut sumber, mereka melakukan pengubahsuaian yang memakan kos sehingga £1.4 juta (RM7.26 juta) termasuklah menggantikan atap dan penukaran tingkap Apartmen 1 yang mempunyai 21 bilik di bahagian selatan istana itu.

Apabila mereka berpindah masuk, dua pasangan itu secara rasminya akan menjadi jiran kepada Putera William dan Kate Middleton yang menginap di Apartmen 1A.

Malah, bangunan antara dua apartmen itu dikatakan bersambung sekaligus memudahkan mereka untuk bertemu antara satu sama lain.

Pasangan itu akan berpindah ke Apartmen 1 bersebelahan kediaman Putera William di Istana Kensington.

Selain itu, mereka turut menyediakan banyak bilik untuk anjing peliharaan termasuklah yang baru sahaja dibeli baru-baru ini.

Sejak November lalu, Harry dan Meghan dilaporkan menginap di Nottingham Cottage buat sementara waktu.

Perpindahan ke Istana Kensington itu juga menandakan bermulanya peruahan gaya hidup buat Meghan.

Pasangan itu berkahwin di Gereja St George, Istana Windsor di United Kingdom (UK) pada 19 Mei lalu.

Antara 600 tetamu yang hadir ialah Oprah Winfrey, George dan Amal Clooney, David dan Victoria Beckham serta Sir Elton John.-DailyMail.

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Lain