Maut dipatuk ular laut ketika tarik pukat tunda - Dunia | mStar

Maut dipatuk ular laut ketika tarik pukat tunda

SEORANG lelaki muda warga British maut selepas digigit ular laut ketika sedang bertugas di sebuah bot pukat tunda di pantai utara Australia.

Pemuda berusia 23 tahun itu dipatuk ular berkenaan ketika sedang menarik pukat pada tengah hari Khamis.

Ketika itu bot berkenaan berada kira-kira 70 batu nautika di selatan Groote Eylandt, sebuah pulau di Teluk Carpentaria, kata polis di wilayah itu.

Sebelum ini, kematian akibat dipatuk ular laut jarang berlaku walaupun racunnya berbahaya.

Pengurus operasi St John Ambulans, Craig Garraway memberitahu media tempatan, Northern Territory News pasukan perubatan ke lokasi kejadian, tetapi malangnya ketika dalam perjalanan mangsa telah meninggal dunia.

Bot itu akhirnya berlabuh di perkampungan Borroloola di mana lelaki yang dilaporkan seorang pengembara itu telah diisytiharkan mati.

Polis berkata kedutaan Britain telah diberitahu mengenai kematiannya dan bedah siasat terhadap mayatnya akan dijalankan.

Sebanyak 30 daripada 70 spesies reptilia laut terdapat di Australia.

Ular laut merupakan spesies ular yang berbisa tetapi dianggap tidak agresif dan jarang menyerang melainkan diancam. - The Guardian 

  

ular laut , Teluk Carpentaria

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain