suria

Mahu elak servis tentera, 12 remaja makan pizza dan burger untuk gemukkan diri

SEKUMPULAN 12 pelajar kolej muzik di Korea Selatan didakwa sengaja menggemukkan diri bagi mengelak tersenarai daripada servis ketenteraan negara mereka.

Helah itu dilakukan dengan mengambil bekalan makanan tidak sihat seperti pizza dan burger secara berlebihan sehingga masing-masing mendapat berat badan yang dimahukan.

Ia berikutan mana-mana lelaki yang berkelayakan di negara itu perlu mengikuti servis ketenteraan selama 24 bulan sebelum mereka melepasi usia 28 tahun.

Mereka dikatakan membincangkan helah tersebut menerusi sebuah kumpulan perbualan dalam talian.

Selain perkongsian mengenai cara untuk menambah berat badan, terdapat ahli kumpulan itu yang memberi cadangan supaya mereka berlakon mengalami masalah.

Sumber rasmi tentera berkata, kumpulan remaja tersebut sengaja menambah berat badan agar mereka gagal dalam ujian kemasukan yang dilaksanakan.

"Salah seorang daripada mereka berjaya menambah 30 kilogram dalam tempoh enam bulan," ujar sumber tersebut.

Akhbar tempatan melaporkan kes itu kini sedang disiasat dan sudahpun dirujuk kepada pendakwa raya.

Jika dibuktikan bersalah, mereka akan dipaska mengikuti servis itu selama dua tahun tanpa sebarang alasan.

Selain pizza dan burger, mereka turut mengamalkan pengambilan minuman protein berkalori tinggi, ubat-ubatan dan mengambil jus aloe untuk mengekalkan air di dalam tubuh.- Sky.News

servis tentera, Korea Selatan

Artikel Lain