suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang panik ular 'check in' di ruang menunggu lapangan terbang

SEKUMPULAN penumpang berteriak terkejut dan ada juga yang memanjat kerusi gara-gara terkejut dengan kemunculan seekor ular di ruang menunggu sebuah lapangan terbang.

Ular itu bergerak bebas di ruang berlepas utama terminal lapangan terbang yang memaksa penumpang memanjat kerusi masing-masing.

Rakaman menunjukkan anggota kakitangan keselamatan lapangan terbang tersebut menggunakan sebatang besi panjang untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.

Ular itu kemudiannya dilepaskan di kawasan semak berdekatan lapangan terbang.

Insiden ular sesat itu berlaku di Lapangan Terbang Daniel Z. Romualdez, Filipina dan ianya berjaya melepasi pemeriksaan pasport dan kawalan keselamatan.

Bagaimana pun ular yang biasa di temui di bahagian Asia Timur dan tidak berbahaya kepada manusia serta hanya memakan rodensia dan burung.

Ular, lapangan terbang

Artikel Lain