suria

Calon pilihan raya parah ditikam ketika berkempen

Bolsonaro dipapah orang ramai selepas ditikam ketika sedang berkempen di Juiz de Fora, Brazil.

CALON bagi jawatan presiden kanan pilihan raya Brazil, Jair Bolsonaro dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa menjalani pembedahan, selepas ditikam ketika berkempen, demikian menurut anak lelakinya dan jurucakap hospital.

Anak lelaki beliau Flavio Bolsonaro menulis pada akaun Twitternya "sayangnya, keadaan lebih serius daripada apa yang kami harapkan."

Sementara itu, seorang jurucakap hospital di bandar Juiz de Fora di Minas Gerais mengesahkan Bolsonaro menjalani pembedahan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Serangan ke atas Bolsonaro yang berlaku di Minas Gerais sangat dramatik, menjadikan proses pilihan raya kali ini sukar untuk diramal, sejak negara itu memperolehi semula demokrasi sejak tiga dekad lalu.

Siasatan mengenai rasuah menyebabkan banyak ahli perniagaan dan politik ternama dipenjarakan menyebabkan kemarahan pengundi.

Jurucakap polis tempatan Corporal Vitor Albuquerque berkata, polis tempatan mengesahkan suspek sudah ditangkap tanpa mendedahkan identitinya.

"Polis masih belum dapat mempastikan sama ada serangan bermotifkan politik," katanya.

Bolsonaro, telah bersama dengan Kongres hampir tiga dekad, adalah calon yang mempunyai latar belakang perundangan, seringkali menyuarakan pendapatnya bahawa polis Brazil perlu mempastikan mereka yang disyaki pengedar dadah dan melakukan jenayah lain perlu dihapuskan.

Kejadian itu menyebabkan pasaran saham dan nilai mata wang di Brazil melonjak, memandangkan ahli perniagaan berpandangan insiden boleh meningkatkan sokongan kepada Bolsonaro. - BERNAMA

parah, tikam, pilihan raya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain