suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Emirates dikuarantin sebaik mendarat selepas 19 penumpang sakit

Sebuah pesawat Emirates dikuarantin di lapangan terbang JFK, New York. Foto Mirror Online UK

SEBUAH pesawat Emirates dikuarantin selepas mendarat di New York apabila 19 penumpang mengadu jatuh sakit.

Tiga daripada mereka dikejarkan ke hospital selepas sekumpulan penumpang diperiksa oleh pasukan polis dan paramedik di Lapangan Terbang JFK.

Dilaporkan sejumlah penumpang demam "dengan suhu badan mereka lebih 100 darjah dan batuk-batuk".

Turut dilaporkan 19 daripada 500 penumpang itu sakit dalam penerbangan dari Dubai, bagaimanapun setakat ini belum dipastika punca penyakit mereka.

Terdahulu, laporan mendakwa 100 penumpang sakit.

Sebaik pesawat bagi penerbangan 203 mendarat, ia dibawa ke kawasan luas di mana polis dan pasukan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit memulakan siasatan mereka.

Seorang jurucakap bagi syarikat penerbangan itu berkata: "Para penumpang segera diperiksa oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan dan mereka diberikan rawatan perubatan."

Pejabat Datuk Bandar mengesahkan laporan itu, dengan mengatakan bahawa pesawat tersebut dikuarantin. - Mirror Online UK

Artikel Lain