suria

Kemaluan lelaki disengat ikan pari, 'melekat' sampai ke pantai

Keadaan seorang lelaki kesakitan ditusuk duri ikan pari. Foto AsiaWire

SEORANG lelaki bernasib malang selepas kemaluannya disengat ikan pari semasa berenang di laut.

Lelaki berkenaan kesakitan dan terpaksa berbaring di pasir selepas kemaluannya ditusuk duri ikan pari itu.

Ikan pari itu masih 'melekat' pada bahagian kemaluannya sewaktu lelaki tersebut kembali ke pantai di Sanya di wilayah Hainan di China.

Ketika kejadian pada 1 September lalu, lelaki malang itu berkunjung ke kawasan tumpuan pelancong bagi menikmati cuaca tropika.

Sebuah video menunjukkan dia dalam keadaan meniarap di pantai sebelum pasukan kecemasan bergegas memberikan bantuan.

Walaupun jelas kelihatan berada dalam kesakitan, lelaki tersebut masih berupaya bangun selepas itu.

Dia bagaimanapun dibawa pasukan paramedik ke hospital untuk pemeriksaan.

Saksi mendakwa ikan pari tersebut mati di pantai. - Mirror Online UK

Artikel Lain