suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kambing buat bising disangka nak beranak, rupa-rupanya dicuri jiran sebelum dirogol

Kambing yang didakwa didera secara seksual. Foto MYDRIM JONES

SEORANG tukang batu dipenjara di atas tuduhan merogol kambing yang sedang mengandung.

Dalam kejadian di Winterveldt di Afrika Selatan, Feselani Mcube, 33, dikatakan bermalam bersama haiwan milik jirannya selepas mencurinya dari kandang.

Pemilik kambing itu, Knowledge Khumalo mengakui terkejut dengan tindakan yang dilakukan terhadap haiwannya.

"Saya rasa saya sepatutnya melakukan sesuatu untuk melindunginya," katanya.

Katanya, dia mendengar haiwan tersebut membuat bunyi bising yang pelik pada kira-kira pukul 8 malam.

"Saya tidak mengambil tahu perkara itu secara serius. Saya fikir ia mungkin sedang melahirkan anak kerana ia mengandung."

Bagaimanapun dia mendapati kambingnya hilang pada keesokan harinya.

"Puas saya mencari tapi tak berjaya. Kemudian, saya jumpa kambing saya semula bila pulang ke rumah. Tapi ia tak sihat," katanya.

Khumalo berkata, dia didatangi seorang lelaki semasa memeriksa kambing itu, dan bertanya adakah dia adalah pemilik haiwan tersebut.

"Dia kemudian beritahu saya dia telah menjumpai kambing itu di katilnya," ujarnya.

Penduduk kampung kemudian berdepan dengan jiran itu di atas serangan seks berkenaan.

Polis, Kapten Samuel Sebola berkata, Mcube ditahan di atas tuduhan melakukan perbuatan di luar tabii. - Mirror Online UK

rogol

Artikel Lain