suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru diburu halang pelajar nyanyi lagu kebangsaan

SEORANG guru ditahan, manakala dua lagi diburu  kerana didakwa menghalang pelajar sebuah sekolah  di Uttar Pradesh menyanyikan lagu kebangsaan.

Ketiga-tiga guru berkenaan dikatakan berbuat demikian pada sambutan ulang tahun kemerdekaan India pada Khamis.

Perbuatan guru berkenaan diketahui apabila video kejadian di Sekolah Arbia Ahle Sunnat itu yang dirakam Maulana Zubaid Ansara telah tular.

Majistret daerah Amarnath Upadhaya mengarahkan siasatan dijalankan dan laporan polis telah dibuat terhadap ketiga-tiga guru berkenaan.

Laporan terhadap guru terlibat menjurus kepada perbuatan khianat pada negara hingga mendorong supaya pelajar sekolah itu tidak menyanyikan lagu kebangsaan.

Siasatan kes di sekolah yang terletak di Maharajganj itu dikendalikan pegawai daerah, Prabhat Kumar.

Setakat ini, usaha masih dijalankan untuk mengesan dua lagi guru yang melarikan diri, manakala seorang lagi telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Uttar Pradesh, Arbia Ahle Sunnat

Artikel Lain