suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duterte ulangi hasrat letak jawatan

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk meletak jawatan, ketika pemerintahannya baru memasuki penggal kedua.

Duterte yang kini berusia 73 tahun berkata, beliau tidak lagi bertenaga untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara selain bosan dengan amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.

Beliau membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan ahli perniagaan di Malacanag pada Selasa.

"Saya tidak menentang atau marah kepada mana-mana pihak. Saya cuma merasakan tidak berdaya lagi untuk memerangi rasuah yang wujud dalam hampir semua jabatan kerajaan.

"Amalan rasuah ini akan terus berlaku biarpun penggal pemerintahan saya tamat," katanya.

Selain itu, Duterte berkata masalah kesihatan seperti kerap mengalami migrain antara alasan mengapa beliau mahu berundur lebih awal.

Sementara itu, pengasas Parti Komunis Filipina, Jose Maria Sison berkata Duterte hanya bersandiwara ketika mengumumkan hasrat meletak jawatan.

"Duterte akan berkuasa selama yang dia mahu. Selagi berkuasa, dia ada imuniti daripada disaman atau diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa," katanya.

Pada Mac lalu, Duterte berhasrat bersara dua tahun lebih awal (2020) sekali gus menolak kebimbangan beliau mungkin terus berkuasa untuk menjadi diktator.

Penggal enam tahun Duterte sebagai presiden tamat pada 2022. - Inquirer.net

Duterte

Artikel Lain