suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Makan' penumbuk tenung punggung kekasih orang

-foto Newsflare

AKTIVITI membeli-belah bertukar menjadi satu kejadian tak diingini apabila seorang lelaki ternampak seorang lelaki lain memandang punggung teman wanitanya.

Lelaki tersebut yang sebelum itu nampak tenang, kelihatan naik angin apabila punggung kekasihnya ditenung, lantas dia melepaskan satu tumbukan kepada lelaki terbabit sehingga topinya terjatuh.

Kejadian berlaku di kedai SEA Wireless, di Lincolnton, North Carolina, pada 8 Ogos.

Dalam video yang dirakamkan melalui CCTV kedai itu, pasangan tersebut dapat dilihat sedang berbual dengan seorang seorang penjual, sementara seorang lagi lelaki berada di belakang mereka sambil bersandar di kaunter.

Sambil menyilangkan tangannya, lelaki terbabit dilihat merenung punggung wanita tersebut.

-foto Newsflare

Malang nasibnya apabila tindakannya disedari teman lelaki wanita itu yang terus menumbuknya.

Bagaimanapun lelaki itu tidak melawan, sebaliknya mengambil topinya yang jatuh, melemparkan senyuman dan berkata 'bye' sebelum menuju ke arah pintu dan keluar.

Wanita itu terkejut dan menunjukkan reaksi kecewa serta malu dengan tindakan kekasihnya.

Dapat didengar dia bertanya 'apa yang tak kena dengan kamu' sebelum dia meminta teman lelakinya keluar dan meminta maaf.

Dia kemudian meminta pembantu jualan untuk tidak menghubungi polis. -MetroUK

tumbuk, kekasih

Artikel Lain