suria

Bapa lupa tutup pintu, anak cedera diserang musang

BAPA mana yang tidak terperanjat apabila mendapati seekor musang berada di dalam bilik tidur anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Menerusi kejadian pada Selasa lalu di Pett's Wood, Orpington, George Cooper terkejut mendengar suara jeritan sebelum bergegas ke bilik anaknya, Heidi.

"Dia kadang-kadang akan terjaga pada waktu malam, tapi pada waktu itu, saya dengar nada panik dalam suaranya.

"Saya buka lampu dan lihat seekor musang sedang melompat dan mencakar. Saya terus sambar Heidi dan bawa dia ke bilik lain.

"Selepas itu, saya menghentak kaki dan musang itu terus keluar melalui pintu belakang," ujar bapa berusia 37 tahun itu.

Kejadian pastinya bertambah buruk jika bayi kecil mereka juga ada di dalam bilik bersama Heidi.

Sewaktu kejadian, hanya Heidi yang berada di dalam bilik.

Cooper, isteri serta bayinya yang berusia empat bulan pula sedang berada di ruang menonton televisyen di tingkat bawah rumah mereka.

Hasil pemeriksaan, Cooper mendapati terdapat kesan gigitan, calar dan pendarahan di tubuh anaknya. Namun, ia hanyalah kecederaan kecil sahaja.

"Musang itu masuk melalui pintu belakang. Saya tak tutup pintu kerana cuaca yang sangat panas.

"Anak saya masih lagi dalam keadaan terkejut. Nasib baik pada masa itu anak saya yang berusia empat bulan ada di bawah bersama saya.

"Kalau tidak mungkin keadaan akan jadi lebih teruk," jelasnya lagi. -Mirror

Musang

Artikel Lain