suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Media bongkar restoran tawar menu daging bangkai rusa

BEBERAPA restoran berhampiran zon perlindungan rusa di Hutan Simpan Dafeng Milu yang terletak di timur China didakwa menghidangkan juadah berasaskan daging rusa.

Jiangsu News Broadcasting melaporkan, media tempatan berkata, pihaknya menerima banyak aduan sejak Mei lalu daripada sukarelawan perlindungan haiwan yang mendedahkan perkara itu.

Lebih mendukacitakan apabila daging rusa itu diambil daripada haiwan berkenaan yang mati akibat kemalangan jalan raya berhampiran taman berkenaan.

Bagaimanapun, semua pihak terlibat telah menafikan perkara itu.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan taman pelindungan haiwan itu, Liu Bin berkata, semua rusa yang mati akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya akan dibawa ke kawasan khusus untuk ditanam.

Bagaimanapun, wartawan yang menyamar sebagai pelancong telah berkunjung ke restoran berdekatan dan membongkar kegiatan berkenaan.

Pemilik restoran yang dikenali sebagai Liu memberitahu premis itu menawarkan hidangan daging rusa untuk dua orang pada harga 150 yuan (AS$22)," katanya.

Kata Liu lagi, daging rusa itu dibekalkan penceroboh taman perlindungan berhampiran dan juga penternak tempatan yang dengan tidak sengaja melanggar haiwan berkenaan.

Malahan, Liu juga menunjukkan gambar dia memegang tanduk rusa dan turut memaklumkan ianya untuk dijual, begitu juga daging haiwan itu.

"Tanduk rusa dilarang dijual," akui Liu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Perlindungan Hidupan Liar wilayah Jiangsu, Lu Kecheng berkata, menjual atau memakan daging rusa adalah satu kesalahan.-SCMP




elk, Jiangsu

Artikel Lain