suria

Penemuan bengkel bakal jawab misteri minyak awet mumia

KAHERAH: Selepas kali terakhir meneroka kota pertama Mesir yang menempatkan kawasan perkuburan besar Saqqara di Memphis kira-kira 100 tahun, kini sejarah tercatat lagi.

Sekumpulan pakar arkeologi menjumpai sebuah bengkel mumia purba yang dianggarkan berusia kira-kira 2,500 tahun berhampiran kawasan piramid di Mesir baru-baru ini.

Pakar arkeologi turut menjumpai sejumlah mumia, tengkorak dan tulang manusia di dalam bengkel itu beserta peralatan lain termasuk mangkuk, topeng serta cawan sukatan.

“Kami berharap dengan penemuan ini, ia membuka laluan yang boleh membantu mengenal pasti jenis minyak yang digunakan dalam proses mengawet mumia dan maklumat lain,” kata ketua pasukan penyelidik Jerman-Mesir, Ramadan Hussein.

Bengkel mumia purba itu mempunyai terowong ke sebuah tanah perkuburan komunal.

Tapak itu dipercayai dari Zaman Saite-Persian iaitu 664 hingga 404 Sebelum Masihi.

mumia, Saqqara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain