suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piza 'wajah' bintang Piala Dunia

Piza 'wajah' Ronaldo menjadi pilihan kebanyakan pelanggan.

ST PETERSBURG: Sebuah restoran di St Petersburg di Rusia turut terkena tempias demam Piala Dunia 2018 apabila menyajikan piza yang memaparkan wajah beberapa bintang terkemuka Piala Dunia.

Kafe HopHead Tap Room menjadi tumpuan selepas ia menghasilkan piza yang memaparkan wajah penyerang pasukan kebangsaan Uruguay, Luis Suarez.

Selain itu, wajah kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo turut dihasilkan chef Valery Maksimchik dan menjadi menu pilihan kebanyakan pelanggan.

Menurutnya, setiap piza unik itu mengambil masa hampir dua jam untuk disiapkan termasuk proses memotongnya.

Doh piza tersebut bagaimanapun perlu dimasak terlebih dahulu sebelum proses stensil dilakukan dan keju mencair mengikut potongan dibuat.

"Kerja utama saya adalah pizzaiolo (membuat piza). Ini adalah hobi dan memberi kepuasan kepada saya," ujarnya.

Difahamkan, Maksimchik berjanji untuk menghasilkan potret piza setiap pemain Rusia jika pasukan terbabit memenangi Piala Dunia pada tahun ini.

piza, Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Lain