suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Kurung' anak demi mahjong

HUNAN: Seorang ibu di China sanggup 'mengurung' anak lelakinya di bawah kerusi plastik semata-mata untuk bermain mahjong bersama rakan-rakannya.

Anak kecil berusia setahun itu, menangis sambil meronta-ronta minta dilepaskan namun tidak diendahkan oleh si ibu yang sibuk bermain mahjong.

Menurut Legal and Legislation Evening Post, insiden berlaku di sebuah premis judi (mahjong) haram berdekatan bandar Hengyang, di wilayah Hunan.

Video insiden terbabit dimuat naik ke media sosial dan mendapat 2.1 juta tontonan.

Ia turut menerima kecaman netizen yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab wanita terbabit 'mengurung' anaknya.

"Ibu yang pentingkan diri sendiri! Bayangkan si anak pula mengurung ibunya satu hari nanti," kata seorang pengguna laman sosial 'Chenyongan'.

"Sakitnya hati melihat budak itu terkurung ketika ibunya asyik bermain mahjong," tulis pengguna bernama 'MFying'.

Satu laporan polis kemudian dibuat susulan video terbabit dan 12 individu ditahan atas tuduhan judi haram.

Tangkapan itu dibuat dalam satu serbuan polis di premis berkenaan pada 3 Julai lalu.

Sementara itu, siasatan akan dijalankan dan ibu terbabit akan dicari untuk tindakan lanjut.

kurung, mahjong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain