suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenapa pilih Neve Te Aroha

BERSINAR, berseri dan kasih sayang, demikian maksud nama anak Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan pasangannya, Clarke Gayford.

Bayi perempuan seberat 3.31 kilogram itu dinamakan Neve Te Aroha Ardern Gayford.

Nama anak sulung mereka didedahkan sehari selepas melahirkannya pada Khamis lalu.

Mereka mengumumkan nama itu sewaktu berada di Hospital Auckland sebelum membawa bayi itu pulang ke rumah.

"Neve membawa maksud bersinar dan berseri. Kami suka nama itu dan ia bersesuaian dengannya.

"Nama Te Aroha pula dipilih kerana ia seolah-olah memantulkan kasih sayang yang diterimanya. Kami sudah memilih nama itu dari awal lagi," ujar Jacinda.

Tambahnya lagi, nama itu dipilih sepanjang perjalanannya bergelar ibu.

Malah, pemilihan nama itu turut mencerminkan kemurahan hati dan kasih sayang yang diterima mereka sebelum ini.

"Te Aroha juga merupakan tempat asal keluarga saya. Saya dibesarkan di gunung itu," ujarnya lagi.

Jacinda melahirkan bayi sulungnya itu di Hospital Auckland pada pukul 4.45 petang pada Khamis.

Dia turut berkongsi foto bayinya menerusi laman Instagram dan  mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.
Neve Te Aroha, Ardern

Artikel Lain