suria

Ujian dadah dapati Bourdain minum alkohol sebelum bunuh diri

TIADA kandungan narkotik ditemui dalam badan chef selebriti dari Amerika Syarikat (AS), Anthony Bourdain yang disahkan bunuh diri di sebuah bilik hotel di Perancis pada awal bulan ini, kata pendakwaraya tempatan pada Jumaat.

Bourdain yang menjadi hos rancangan masakan dan pengembaraan CNN, 'Parts Unknown' berusia 61 tahun ketika dia meninggal dunia.

Bourdain tidak pernah berahsia tentang penglibatannya dengan dadah dan ketagihannya terhadap heroin pada awal kehidupannya.

"Tiada kandungan narkotik atau produk bertoksik.

"(Hanya) Jejak ubatan dalam dos teraputik dan alkohol," katanya yang menyenaraikan hasil penemuan siasatan tersebut.

Bourdain yang memulakan kariernya daripada seorang pencuci pinggan di beberapa restoran di New York kepada meluangkan waktu makan bersama Presiden Barack Obama, menggantung dirinya dalam bilik sebuah hotel dekat Strasbourg, Perancis; lokasi di mana dia bekerja untuk penggambaran episod terbaru 'Parts Unknown'.

Dia ditemukan mati oleh seorang rakan yang juga seorang chef, Eric Ripert yang menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Bourdain tidak muncul untuk menikmati makan malam. - Mirror UK

Anthony Bourdain

Artikel Lain