suria

Melania tidak sensitif

TINDAKAN Melania Trump yang memakai jaket tertera perkataan 'I really don't care, do u?' semasa melawat migran kanak-kanak yang ditahan, dikecam hebat dan dianggap tidak sensitif.

Melania dirakam memakai jaket berwarna hijau lumut dengan perkataan menjengkelkan itu ketika tiba di Pangkalan Udara Andrews di Maryland pada Khamis sebelum berlepas menggunakan jet kerajaan ke Texas.

Jaket tersebut bagaimanapun ditanggalkan sebaik sahaja dia mendarat di McAllen.

Jurucakap Melania mempertahankan tindakan isteri Presiden Amerika Syarikat itu dengan menegaskan ia hanyalah sebuah jaket.

"Tiada mesej tersembunyi. Selepas lawatan penting ke Texas hari ini, saya harap media tidak memberi tumpuan kepada isu pakaiannya sama seperti kasut tumit tingginya tahun lalu," kata jurucakap itu.

Presiden AS, Donald Trump berterima kasih kepada Melania dan anak perempuannya, Ivanka kerana memujuknya untuk menamatkan pengasingan anak-anak dari ibu bapa mereka yang memasuki AS secara haram.

Semasa lawatan ke rumah perlindungan kanak-kanak Upbringing New Hope, Melani berkata:"Saya tidak sabar untuk bertemu kanak-kanak itu."

Rumah perlindungan itu menempatkan seramai 55 remaja dengan 27 daripada lelaki manakala 28 lagi perempuan masing-masing berusia 12 hingga 17 tahun.

Kebanyakan kanak-kanak di rumah perlindungan itu berasal dari Guatemala.

Melania Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain