suria

Kecoh tiket taman tema percuma untuk 'wanita berat'

Seorang wanita sedang mencuba nasib ditimbang berat badannya menggunakan berat gergasi. Foto REX/Shutterstock/Mirror

SEBUAH tema tema mengadakan promosi lain daripada yang lain apabila memberikan kemasukan percuma kepada wanita yang mempunyai berat lebih 61.8 kilogram.

Mana-mana wanita dijemput untuk menimbang berat badan mereka pada pemberat gergasi di pintu masuk Tang Paradise di bandar Xi'an di tengah China.

Mereka akan memenangi sekeping tiket masuk secara percuma sekiranya berat badan melebihi 61.8 kilogram.

Promosi itu berlangsung selama tiga hari yang menggambarkan ia sebagai tawaran untuk golongan berbadan besar.

Taman tema tersebut menyediakan lebih 600 tiket percuma setiap hari sepanjang promosi dari 15 dan 18 Jun.

Ia berkata, tujuan promosi itu adalah untuk mempromosikan imej badan yang sihat.

Bagaimanapun kecoh di media sosial apabila kebanyakan netizen mengkritik idea tersebut.

"Bagaimana boleh menjatuhkan maruah dengan cara begini," tulis seorang lelaki di Facebook.

"Ia menggambarkan mesej menjijikkan," kata seorang wanita.

"Ia sebenarnya cukup memalukan," tambah seorang lagi netizen. - Mirror UK


Artikel Lain