suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita main buaian dalam tren!

SEORANG wanita dirakam menggantung buaian pada palang pemegang di dalam kereta keretapi yang dinaikinya.

Video yang dirakam di bandar Hangzhou, Wilayah Zhejiang Timur China pada 1 Jun itu menunjukkan wanita berkenaan dengan selamba mengeluarkan buaian dari begnya dan dengan tenang mengikatnya di palang pemegang.

Suasana dalam tren ketika itu penuh dengan penumpang.

Selepas siap memasangnya, wanita itu kemudian duduk di atas buaian itu yang mula berbuai perlahan.

Para penumpang lain nampaknya tidak terlalu terkejut dengan tindakan luar biasa wanita itu. -Newsflare

buaian, tren China

Artikel Lain