suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menu bihun sos ikan, buat pentadbir sekolah 'tak senang duduk'

VIDEO pelajar sekolah dihidangkan dengan menu yang tidak mencapai standard ditetapkan telah tular baru-baru ini.

Bihun dengan sos ikan - itulah juadah tengah hari pelajar di dua daerah di Thailand iaitu - Surat Thani dan Phichit.

Susulan video itu tular pada 31 Mei lalu, tindakan menyiasat insiden itu diambil untuk mengesan jika berlaku penyelewengan dana untuk program itu.

Suruhanjaya Pendidikan Asas (Obec) telah mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

Setiausaha Agung Obec, Boonrux Yodpheth berkata, penolongnya, Sanit Yamgesorn telah diarah untuk mengumpul maklumat berhubung perkara itu.

"Sekolah diminta memaklumkan sama ada mereka menerima peruntukan untuk program penyediaan makanan pelajar atau tidak, jika tidak bagaimana mereka memastikan setiap pelajar mendapat makanan seperti ditetapkan," katanya.

Boonrux juga mengakui menerima banyak aduan berkaitan program berkenaan, bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada ia sahih atau tidak.

Kejadian di Surat Thani menyebabkan bekas pengarah sekolah berkenaan di daerah Tha Chana, Somchao Sitthichen telah dipindahkan untuk bertugas di pejabat pendidikan daerah.

Siasatan awal yang dikendalikan Timbalan Ketua Pendidikan daerah, Jakkarin Apisamai mendapati berlakunya penyalahgunaan kuasa dan masalah disiplin dalam pengendalian program itu.

Selain itu, insiden sama di Phichit pula menyebabkan eksekutif sebuah sekolah di Muang Tapan Hin dikenakan tindakan.
bihun, Obec

Artikel Berikut

Tanam mayat bapa dalam BMW

Artikel Lain