suria

'Budak UFO' kecoh di Jepun, mampu hubungi UFO melalui telepati

MEDIA sosial Jepun kecoh hujung minggu lalu dengan berita seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang dikatakan mampu menghubungi UFO secara telepati (kemampuan berkomunikasi/saling bertukar informasi tanpa melalui deria biasa).

Beberapa gambar objek terbang yang tidak dikenal pasti yang diambil tahun lepas telah menarik perhatian ramai, terutama kumpulan peminat UFO.

Haruya Ido dirujuk sebagai 'UFO Boy' oleh media Jepun, kerana keupayaannya yang didakwa mampu menarik objek terbang yang tidak dikenali.

Toshitaro Yamaguchi, seorang penyelidik paranormal terkenal dan individu yang mula-mula sekali berkongsi gambar Haruya dengan dunia, telah menggambarkan budak lelaki itu sebagai kenalan klasik UFO dengan kemampuannya untuk menghubungi UFO melalui telepati.

Ido berjaya merakamkan gambar UFO di tempat berlainan di sekitar Jepun dalam empat keadaan berbeza tahun lepas. Dia mendokumentasikan tentang tempat penglihatan dan butiran objek di laman webnya.

"Ia memberi refleksi pada lampu di tepi jalan, saya tertanya-tanya jika ia adalah UFO jenis Adamski," tulis Ido tentang UFO yang dilihatnya di Kobe Awaji Naruto, wilayah Hyogo, pada 29 Mac 2017.

"Objek terbang berbentuk curut yang tidak dikenal pasti ditunjukkan pada dawai elektrik di mana banyak burung berhenti bertenggek," Ido menulis tentang objek terbang panjang yang dilihatnya di Nozaki, Oita City, Osaka, pada 21 April 2017.

"Saya tak tahu, walaupun objek itu kelihatan seperti segitiga," budak itu menulis tentang 'benda' yang dirakamkannya di Kurami Hill Park, Osaka, pada 2 Mei 2017.

"Satu benda seperti lubang putih muncul, saya nampak tujuh benda bergerak dengan kelajuan tinggi dan perkara-perkara yang membuat pergerakan misteri, tetapi ia diterjemahkan apabila saya mengambil gambar. Saya fikir ia satu objek tapi saya tak pasti," budak UFO itu menulis tentang bentuk bulat yang dirakam pada 30 Disember 2017.

Yamaguchi, yang dirinya juga seorang kenalan UFO, mendakwa walaupun 'budak-budak UFO' tidak pernah didengari, mereka boleh mengenal pasti tempat dan masa UFO akan muncul menggunakan telepati.

Malangnya, tidak banyak maklumat tentang Ido, tetapi berdasarkan perhatian yang diraih terhadap cerita ini di media sosial Jepun, mungkin lebih banyak tentangnya akan dapat diketahui tidak lama lagi. -Naver, Yahoo Japan

UFO, Budak UFO, telepati

Artikel Lain