suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis kahwin nak dekat, bapa Meghan putuskan tak hadir

(Gambar kiri) Putera Harry dan Meghan Markle. (Gambar kanan) Thomas Markle. Foto Getty/Reuters/Mirror

BAPA Meghan Markle dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit dada.

Thomas Markle bimbang dia akan mengalami satu lagi serangan jantung disebabkan gangguan emosinya berikutan konflik mengenai perjanjiannya dengan agensi paparazi.

Thomas yang berusia 73 tahun itu pada Isnin membuat keputusan mengejut untuk tidak menghadirkan diri pada majlis perkahwinan diraja pada hari Isnin selepas dia didapati bekerjasama dengan paparazi.

Dia dipercayai mengalami sakit dada selepas terkena serangan jantung enam hari lalu.

Thomas dilaporkan memberitahu TMZ bahawa sakit yang dialaminya akibat gangguan emosi, dan secara khusus menyebut anak sulungnya, Samantha Grant.

Samantha berselisihan faham dengan adik tirinya, Meghan berkaitan dengan perkahwinan itu dan mendakwa isu paparazzi yang berlaku merupakan ideanya. 

Meghan dan Putera Harry bakal melangsungkan perkahwinan di Istana Windsor, United Kingdom pada 19 Mei ini. - Mirror UK

Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain