suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular Wanita Ini Hempuk Lelaki Guna Budak Kecil

MUNCUL satu klip video mengejutkan menunjukkan seorang wanita menggunakan anak kecil sebagai 'senjata' untuk membelasah seorang lelaki di sebuah lokasi yang sibuk.

Video pendek itu menunjukkan orang ramai sedang memenuhi satu kawasan, sebelum seorang wanita dilihat bertindak meludah ke arah lelaki yang lalu di berhampirannya.

Seorang wanita lain yang berada dekat dengannya segera menyerahkan budak kecil yang sedang dipegangnya kepada wanita berkenaan.

Wanita itu kemudian terus menghayun dan menghempuk anak kecil itu ke arah lelaki yang diludahinya tadi sebelum mengekorinya.

Tidak dapat dipastikan di mana klip itu dirakam, tetapi ia dimuat naik ke LiveLeak pada Sabtu dan telah mendapat lebih dari 8,000 tontonan.

video tular

Artikel Lain