suria

Kehadiran 'Pari-Pari' Meriahkan Karnival Venice

KARNIVAL Venice menjadi kota bersayap yang dihiasi 'pari-pari berterbangan' dan meriah dengan kehadiran 20,000 peserta yang memakai topeng serta kostum penuh warna warni.

Dataran St Mark dipenuhi lautan manusia pada Ahad ketika 'pari-pari berterbangan' melakukan persembahan pembukaan di Karnival Venice.

Para pelancong melihat ke arah pelajar berusia 19 tahun, Elisa Constantini turun dari menara loceng St Mark Campanile yang terkenal menggunakan tali pada ketinggian 80 meter dari permukaan lantai.

'Pari-pari' itu mencampakkan cebisan kertas ke arah penonton yang berada di bawahnya dalam karnival yang paling diraikan di dunia itu.

"Rasa seperti kami kembali ke masa lampau, kata susie dari Verona, utara Itali yang datang untuk menyaksikan karnival itu.

Ribuan pelancong hadir bagi menyaksikan Karnival Venice yang berlangsung pada Ahad.

Sementara itu, kawalan yang ketat dijalankan sepanjang acara itu berlangsung.

"Kawalan seperti ini adalah normal.

"Ia tidak merosakkan keindahan dan keajaibab acara ini," kata seorang pelancong China, Xu Hong.

Karnival tersebut yang akan berakhir pada 13 Februari ini mula diperkenalkan pada tahun 1162 sempena kejayaan pasukan ketenteraan negara itu.

Selepas dilupakan sejak sekian lama, ia diraikan semula pada tahun 1980. - AFP

Karnival Venice

Artikel Berikut

Artikel Lain