suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 'Pergi', Salji Kembali Ke Tokyo

TOKYO: Salji memenuhi setiap ruang sekitar bandar ini untuk kali kedua pada musim sejuk hingga mengganggu operasi pengangkutan awam dan jadual peperiksaan di pelbagai peringkat pendidikan.

Kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat, seluruh bandar ini kelihatan memutih dengan salji mencecah setebal satu sentimeter (sm), manakala di Utsunomiya di Tochigi dan Kumagaya di Saitama pula masing-masing ukuran ketebalan salji masing-masing antara enam dan lima sm.

Kali terakhir salji turun adalah kira-kira dua minttu lalu dengan tahap ketebalan antara yang paling tinggi iaitu 23 sm.

Beberapa laluan kereta api di pinggir bandar juga terpaksa menangguhkan operasi kerana salji tebal.

Pengangkutan ekspres di pusat bandar Tokyo juga ditutup, manakala Japan Airlines membatalkan sekurang-kurangnya 30 penerbangan domestik. Kebanyakannya dijadualkan berlepas dari atau tiba di lapangan terbang Tokyo Haneda.

Perubahan cuaca ini juga mengganggu perjalanan jadual peperiksaan di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian tinggi.

Misalnya, Kolej Wanita Gakushuin dan Universiti Dokkyo terpaksa melewatkan waktu bermulannya peperiksaan untuk membolehkan pelajar tiba tepat pada masanya.-JapanToday


Tokyo, salji

Artikel Sebelum

Artikel Lain