suria

Pengadil Sumo Jepun Terlibat Gangguan Seksual, Diarah Letak Jawatan

Pengerusi Persatuan Sumo Jepun, Hakkaku (tengah) dan eksekutif persatuan yang lain memohon maaf atas kejadian gangguan seksual melibatkan pengadil utama sukan tradisional itu pada sidang akhbar di arena Ryogoku Kokugikan di Tokyo, Sabtu. -fotoKyodo

TOKYO: Pengadil terkemuka Sumo di sini akan meletak jawatan berikutan skandal gangguan seksual, kata badan sukan kerajaan selepas mesyuarat luar biasa ahli lembaga pengarahnya.

Shikimori Inosuke tidak akan menjadi pengadil untuk sebarang kejohanan selepas digantung tiga perlawanan, kata Persatuan Sumo Jepun, dalam sidang media yang diadakan menjelang kejohanan tahun baharu.

Pengarah persatuan itu telah menyerahkan penggantungan itu di Ryoguku Kokugikan Tokyo, dan akan menerima peletakan jawatan Shikimori selepas tempoh penggantungannya tamat.

Insiden itu berlaku ketika persatuan berkenaan masih menyiasat satu lagi skandal susulan serangan Yokozuna Harumafuji terhadap rakan petinju pada Oktober lalu.

"Selepas isu berkaitan serangan peninju, timbul pula perlakuan tidak senonoh Inosuke," kata Pengerusi JSA, Hakkaku pada sidang media berhubung perkara itu.

"Saya mohon maaf." katanya.

Susulan skandal yang berlaku ini, Maharaja Akihito dan Maharini Michiko tidak akan menghadiri kejohanan sumo untuk pertama kali dalam tempoh empat tahun.

Shikimori telah memohon maaf kepada persatuan kerana bertindak mencium mangsa berulang kali dan memegang dadanya.

Bagaimanapun pengadil muda sukan itu memutuskan untuk tidak membuat laporan.- JapanToday

sumo, gangguan seksual

Artikel Lain